Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Monday, September 13, 2010

Sukaneka Daerah 18.07.2010







Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah berlangsung pada 18 Julai 2010. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Pn Siti Zuraidah bt Abd Majid Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor. Turut hadir En Magedran A/L Muniandy
Pegawai JPNIN Daerah Gombak, Pengerusi-pengerusi KRT ,Pengerusi-pengerusi JPTP Daerah Gombak dan ibubapa. Sukaneka ini melibatkan 18 buah Tabika Perpaduan. Tabika Perpaduan Kampong Tengah Lembah telah memenangi 6 acara pada tahun ini. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Program berjalan lancar dan meriah.

Persiapan Sukaneka Daerah



Menanam Pokok Pucuk Manis 7.7.2010


Mesyuarat khas sukaneka daerah Gombak yang melibatkan guru-guru Tabika Perpaduan 5.07.2010

Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada3.7.2010 untuk sesi pertama


Kehadiran Ibu Bapa dalam perjumpaan Mesyuarat JPTP yang diadakan pada 3.7.2010 bersama dengan Hari Bertemu Pelanggan sesi pertama



Hari bertemu pelanggan Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah telah diadakan pada 3 Julai 2010. Tujuan program ini diadakan ialah untuk ibubapa mengetahui perkembangan pembelajaran kanak-kanak
disamping ibubapa boleh bertukar-tukar pendapat mengenai kanak-kanak dan apa juga yang berkaitan dengan Tabika. Pada masa yang sama juga diadakam mesyuarat JPTP

Kelas ETP untuk guru-guru Daerah Gombak pada 29.6. 2010







Bengkel E-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan pada 29 Jun 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Komuniti Selayang. Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Nurasidah bt Md Nor iaitu pelapis Jurulatih Utama dan dibantu oleh Cikgu Siti Khursiah dan Cikgu Anita. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk membantu guru dan penolong guru menghantar maklumat pentadbiran Tabika melalui program e-tp

Hari Lahir Murid-murid Tabika yang diraikan pada 14.5.2010
















Sambutan hari lahir kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah yang telah diadakan pada 14 Mei 2010 meraikan ulang tahun yang ke 6 adik Muhd Yunus dan dan adik Eliza Amaliah

Kelas Fardhu Ain



Sunday, September 12, 2010

PROGRAM PINTAR DI SABAH


Kumpulan guru-guru dari Daerah Gombak yang menyertai program PINTAR


Persembahan ABM dari setiap kumpulan




Program ini diadakan bermula 15.4.2010 hingga 18.4.2010 di Kota Kinabalu Sabah yang melibatkan semua guru dan penolong guru Daerah Gombak. Pegawai pengiring ialah Encik Zaaba bin Abdul Rahman.






Friday, September 3, 2010

lawatan kanak-kanak tabika yang diadakan pada 07.08.2010 di Petrosains Dan KLCC

ibu bapa yang memberi penglibatan dalam aktiviti ini

kanak-kanak sedang bermandi-manda di kolam KLCC

kanak-kanak sedang melihat pergerakan sendiri di hadapan cermin


kanak-kanak sedang memerhati pusingan bola