Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Friday, March 25, 2011

Pengoperasian Perpustakaan Permainan (Toy Library)


Puan Zuraidah telah memberi penerangan tentang pengurusan Toy Library di mana lokasi tersebut terletak di bersebelahan Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Disamping itu beliau memberi penerangan berhubung dengan Sistem Pengurusan Kementrian (SPK). Turut hadir Encik Magedran a/l Muniandy Timbalan Pengarah Negeri Selangor. Penerangan ini melibatkan guru guru daerah Gombak pada 25.3.2011 jam 2.30 petang bertempat di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai.





Sambutan Hari Lahir Bulan Mac



Mereka diraikan pada 25.3.2011. 3 orang kanak kanak telah diraikan bersama teman teman lain.




Friday, March 11, 2011

Bengkel Pengurusan (KEW-PA)





Pada 10 Mac 2011 bengkel pengurusan (KEW-PA) bertempat di Tabika Perpaduan Taman Bersatu B telah diadakan. Bengkel dikendalikan oleh Cikgu Anita Bt Talib dan Cikgu Siti Khursiah Jurulatih Utama JPNIN Daerah Gombak. Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Selangor (Encik Magendran a/l Muniandy) turut hadir untuk memberi taklimat terperinci tentang KEW-PA. Turut hadir Puan Rahayu bt Abdul Wahab PPP JPNIN Daerah Gombak bahagian Pendidikan.

Majlis Perpisahan Jasamu Dikenang Badan Kebajikan dan Permuafakatan Kakitangan dan Guru guru JPNIN Daerah Gombak






Telah diadakan di Hotel Crystal Crown, Kepong.Jam 3.00 Petang.Majlis ini diadakan bagi meraikan jasa dan sumbangan Encik Magedran a/l Muniandy yang ditukarkan ke JPNIN Selangor sebagai Timbalan Pengarah,Puan Nor Azura Binti Rashid yang dilantik berkhidmat sebagai PPM di Pra Sekolah Sungai Choh.Turut diraikan Tuan Haji Mustafa Bin Abdul Manas yang telah bersara sebagai kakitangan JPNIN Daerah Gombak.Guru-guru juga turut berkaraoke dlm majlis tersebut.Untuk semua yang dirai kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas segala jasa selama berkhidmat di JPNIN.

Majlis Perasmian Kabin Kawasan Rukun Tetangga dan Penyerahan Peralatan Skim Rondaan




Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg Tuan Haji Abdul Halim b Omar (Pengarah Perpaduan Negeri Selangor) Majlis Penyerahan Kabin ( sumbangan dari seorang individu) dan barangan rondaan dari Jabatan Perpaduan. Semua guru terlibat dalam menjayakan majlis ini. Majlis diadakan pada 6.3.2011 bertempat di Kawasan Lapang Jalan RP 8/7, Taman Rawang Perdana 48000 Rawang.








Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan JPTP Daerah Gombak 2011







Majlis Penyampaian Watikah bagi tahun 2011 telah diadakan pada 27/2/2011 bertempat di Dewan sri Gemilang SBPI Sg Pusu Gombak.Majlis telah dirasmikan oleh Pn Suraya bt Wen Pen. Pengarah pembangunan Komuniti.Persembahan selingan turut dipersembahkan oleh kanak-kank Tabika Perpaduan Tmn Sri Gombak A.









Sambutan Maulidur Rasul


Majlis diadakan bersama dengan agensi dan jabatan lain. Perarakan diadakan bermula dari padang YDP Taman Melawati dan berakhir di Masjid Al Khiriah Taman Melawati. Pertandingan perbarisan turut diadakan.






Sambutan Hari Lahir



Majlis ini diadakan untuk meraikan kanak kanak yang dilahirkan pada bulan februari.



Kanak kanak yang diraikan menerima cenderehati yang telah disumbangkan oleh pihak ibu bapa. Majlis ini diadakan pada 21.2.2011.