Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Saturday, February 19, 2011

Senam Seni 1 Malaysia



Acara senamrobik julung kali diadakan serentak di Jabatan Perpaduan Negeri Selangor pada 20.2.2011 bertempat di Padang Tabika Perpaduan Taman Bersatu B. Untuk program ini Daerah Gombak dan Hulu Selangor telah bergabung. Pegawai yang turut hadir En Magedran a/l Muniandy (Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, En Sadiki Herma (Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Selangor dan Puan Noor Zaliza (Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak). Senam Seni ini telah diketuai oleh Puan Liya dari Taman Bersatu. Seramai lebih kurang 70 orang guru-guru terlibat.







Ceramah Pergigian Peringkat Pertama


Ceramah diadakan untuk cara-cara memberus gigi dengan cara yang betul. Jururawat yang terlibat ialah Puan Joriah dari Klinik Kesihatan Gombak Setia. Murid-murid tekun mendengar untuk mempraktikan cara-cara yang betul.






Monday, February 14, 2011

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Bil 2/11 Tabika Perpaduan Daerah Gombak.


Mesyuarat bil 2/2011 telah diadakan pada 10/2/2011 bertempat di TP Bandar Baru Selayang Fasa 2A pada jam 2.30 petang.Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Pembantu Pegawai Perpaduan Kanan telah hadir. Mesyuarat watikah pelantikan turut diadakan pada hari tersebut untuk mengetahui perkembangan persiapan.Majlis tersebut akan diadakan pada 27/2/2011.