Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Wednesday, June 29, 2011

Makan Bersama Di McDonald


Semua pemain futsal sempena Minggu Perpaduan telah diraikan bersama di Restoran Mc Donald pada 29/06/2011.Turut hadir guru-guru yang terlibat,pegawai JPNIN Gombak.Cenderahati untuk semua peserta telah disampaikan oleh Pn Salasiah bt Hashim Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.






Tuesday, June 28, 2011

Sukaneka Tahunan Daerah Gombak 2011



Sukaneka tahunan peringkat daerah Gombak telah diadakan pada 26/06/2011 bertempat di padang Sek. Men. Berasrama Penuh Integrasi Sg Pusu,Gombak.Majlis telah dirasmikan oleh Pn Salasiah bt Hashim (Pegawai Perpaduan Daerah Gombak).Seramai 550 orang kanak-kanak telah terlibat dalam program ini yang melibatkan 20 kelas tabika kesemuanya.






8 acara kanak-kanak telah dipertandingkan dan acara untuk ibu/bapa juga turut disediakan.Cabutan nombor bertuah turut diadakan. Sumbangan hamper dari ADABI,KRT dan agensi lain.Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.





Monday, June 20, 2011

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2011




Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 19/06/2011 bertempat di PJS 4/19,Taman Medan.Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Tan sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri.




Sebahagian peserta dari Jiran Muda daerah Gombak.



Ramai tetamu yang telah hadir untuk bersama dalam sambutan yang diadakan ini.


Pertandingan senam 1 Malaysia telah dipertandingkan dan disertai oleh guru dan penolong guru dari 9 daerah.Persembahan ini adalah dari daerah Gombak yang diberi nama kumpulan (GUPE)





Pertandingan futsal untuk kanak-kanak Tabika juga turut diadakan.


Wednesday, June 15, 2011

Mesyuarat Guru dan Sambutan Hari Lahir


Mesyuarat Guru dan Penolong Guru bil 05/2011 telah diadakan pada 13/6/2011.Turut hadir dalam mesyuarat ialah Pegawai Perpaduan Daerah Gombak Pn Salasiah Hashim.






Turut juga diadakan sambutan Hari Lahir untuk guru-guru yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Jun.




Saturday, June 4, 2011

Sambutan Hari Lahir bulan Mei

Seorang kanak kanak telah diraikan pada 27.05.2011 bertempat di Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah jam 10.00 pagi.

Super Hotsport Peringkat peringkat Negeri Selangor




Guru guru dan kakitangan daerah Gombak telah menyertai sukan Super Hotsport peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 22.5.2011 untuk permainan futsal, pingpong dan karom.

Sambutan Hari Guru



Pada 21.05.2011 sambutan Hari Guru peringkat Negeri Selangor telah diadakan di INTEKMA Shah Alam. Sambutan tahun ini bertemakan GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah.