Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Monday, January 31, 2011

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak Bulan Januari


Sambutan hari lahir kanak-kanak akan diraikan setiap bulan di tabika.



Acara memotong kek dikhususkan untuk anak-anak yang dilahirkan pada bulan tersebut diiringi dengan sedikit cenderahati.Majlis telah diadakan pada 31/1/2011.Kanak-kanak lain turut meraikan bersama.







Friday, January 28, 2011

Mesyuarat Penubuhan JPTP 2011


Mesyuarat Penubuhan JPTP tahun 2011 telah dilaksanakan pada 29.1.2011 jam 10.00 pagi bertempat di Balairaya Datuk Dr. Hj Rahman b Ismail. En Zaaba selaku Pembantu Pegawai Perpaduan Kanan telah hadir sama dalam majlis ini.Mesyuarat diadakan bertujuan untuk melantik AJK bagi sesi Januari 2011 hingga Disember 2011.







Ibu/bapa diberi penerangan dan taklimat ringkas tentang tanggungjawab dan peranan sebagai AJK





MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN JPNIN SELANGOR 2011.





Perjumpaan awal tahun telah diadakan pada 22/1/2011 bertempat di Pejabat Perpaduan Daerah Petaling.Majlis bermula jam 8.00 hingga 12.30 tengahari dan disambung semula jam 2.30 hingga 4.00 petangSemua guru-guru Negeri Selangor telah hadir. Majlis di mulai dengan ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Y.Bhg Utz Zulkarnain Elias Al-Hafis dari Astro Oasis. Perhimpunan awal tahun kali ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Pengarah iaitu Y.Bhg Tn Gandesan a/l Letchumanan Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) JPNIN Malaysia. Turut hadir ialah Tn Hj Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor dan Pegawai -pegawai perpaduan daerah. Pada sebelah petang pula diadakan mesyuarat agong tahunan kali ke 4 Kelab Kebajikan dan Sukan JPNIN N.Selangor.






Wednesday, January 19, 2011

Ceramah Kesihatan



Lawatan dari Pusat Kesihatan Selayang untuk memberi ceramah tentang penjagaan kesihatan pada kanak-kanak tabika dan pemeriksaan dilakukan kepada setiap kanak-kanak tabika serta memberi ubat cacing.Ceramah disampaikan oleh Pn Nur Azliah pada 13.01.2011 jam 9.20 pg.

Mesyuarat Guru/Penolong Guru Tabika Perpaduan Bil 1/2011



Mesyuarat bulanan Guru/Penolong guru yang diadakan pada 12/01/2011 pada jam 2.30 ptg bertempat di TP Tmn Bersatu Rawang B.Telah dipengerusikan oleh En.Zaaba b Abd Rahman Selaku Penolong Pegawai Perpaduan Kanan dan turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Gombak(En. Magedran a/l muniandy).Mesyuarat diadakan untuk menerima laporan dari setiap kelas daerah Gombak .Disamping itu juga majlis diadakan untuk menyampaikan sumbangan ikhlas dari JPNIN Gombak di atas kembalinya kerahmatullah ayahanda cikgu Halimah dari TP Tmn Sri Gombak A.








Monday, January 3, 2011

MAJLIS SUAIKENAL TP KG TENGAH LEMBAH




Hari pertama persekolahan sesi 2011 bermula pada hari ini 3.1.2011.Taklimat telah diberi kepada ibu/bapa terutamanya memaklumkan waktu pembelajaran yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.




Seramai 26 orang kanak-kanak berumur 6 tahun telah mendaftar.Kanak-kanak begitu gembira dapat berjumpa dengan rakan sebaya yang baru.



Waktu rehat kanak-kanak disediakan menu yang telah diluluskan oleh kemenetrian Kesihatan.






















Saturday, January 1, 2011

BENGKEL PENGURUSAN DAN PEMANTAPAN TUGAS GURU & PENOLONG GURU TP DAERAH GOMBAK 2011







Bengkel ini telah di bahagi kepada tiga bahagian iaitu Bengkel 1 dan 2 bertajuk Ketrampilan serta persediaan kelas telah disampaiakan oleh cikgu Anita,mankala bengkel tugasan guru dan pen.guru menghantar maklumat ke pejabat telah disampaikan oleh Cikgu siti Khursiah.











Bengkel ini juga untuk menseragamkan penghantaran laporan bulanan yang perlu disediakan supaya lebih teratur.




Terdapat 4 kumpulan membuat perancangan buku ringkasan mengajar yang lebih mudah mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh JU.