Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Tuesday, May 17, 2011

Lawatan Kanak-kanak


Lawatan kanak-kanak bagi sessi 2011 telah dilaksanakan pada 15.5.2011.Semua kanak-kanak dan ibu bapa menghabiskan masa sehari di Taman Tema air(Desa Water Park).Seramai 21 murid dan 35 orang ibu bapa yang telah bersama-sama dalam lawatan ini.






Sambutan Hari Pekerja dan Hari Guru




Majlis sambutan Hari Pekerja bersama Presiden Cuepacs Yang Berbahagia Dato' Haji Omar b Haji Osman.Diadakan serentak sambutan Hari Guru yang telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Dato' Azman Amin b Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Petaing Jaya Aras3, Sayap A, Bangunan Persekutuan , Jalan Sultan, Petaling Jaya.




Saturday, May 7, 2011

Sambutan Hari Ibu dan Mewarna




Sempena Hari Ibu pada 8/5/2011 telah diadakan peraduan mewarna untuk kanak-kanak Tabika bersama dengan Tabika Kemas Kg Tengah.Untuk Ibu diadakan senam seni pagi dan untuk bekas pelajar diadakan perlawanan Futsal.Sumbangan dari KRT Kg tgh Lembah dan DUN Gombak setia.




Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Bil 5/11 Tabika Perpaduan Daerah Gombak.




Mesyuarat Guru bil 05/11 telah diadakan pada 6/5/2011 bertempat di Tabika Perpaduan Taman Bersatu B.Turut hadir Timbalan Pengarah Negeri Selangor.