Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Thursday, December 30, 2010

Kejohanan Sukan Perpaduan Super Hotspot JPNIN


Sukan Super Hot Spot diadakan julung kali yang melibatkan 4 buah negeri.Negeri yang terlibat Johor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Selangor dan Pulau Pinang.Ianya diadakan pada 25.12.2010 bertempat di Kompleks Sukan UTM Johor Bahru.








Kumpulan beregu lelaki disertai oleh Tuan Pengarah JPNIN Selangor dan En. Esry.Negeri Selangor telah menjadi juara dalam acara Badminton dan Futsal.


Acara sukan yang dipertandingkan Badminton,Bola Jaring,Ping Pong,Futsal dan Bowling. Acara ping pong dan bola jaring telah mendapat tempat Naib Juara.




Malam penutup telah dimeriahkan dengan beberapa acara termasuk pertandingan karaoke.Negeri Selangor mendapat tempat pertama dan kedua.Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Johor.

Monday, December 27, 2010

Kejohanan Badminton Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2010




Kejohanan telah dimulakan tepat pada jam 08.00 pg dengan ketibaan semua kontinjen yang bertanding, nyanyian lagu Negaraku dan Berjaya dinyanyikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik ke dalam jiwan peserta-peserta yang bertanding. tepat jam 09.30 pg ucapan perasmian telah di sempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor. Seramai 300 peserta dan penonton telah membanjiri Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Kejohanan ini juga telah diserikan dengan perlawanan pertunjukan diantara Y.Bgh Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar (Pengarah JPNIN Selangor) berpasangan besama isteri melawan Puan Nurul Akmalina Binti Shamsuddin (Timbalan Pengarah JPNIN Selangor) berpasangan bersama En Abdul Rashid A. Samad. Kejohanan ini berakhir tepat jam 06.00 ptg dengan majlis penyampaian hadiah oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor kepada pemenang. Berikut keputusan pemenang bagi Kejohanan Badminton Perpaduan JPNIN Selangor 2010;
KATEGORI BEREGU RT:
JOHAN KESELURUHAN
DAERAH KUALA LANGAT
NAIB JOHAN KESELURUHAN
DAERAH SEPANG
KETIGA
DAERAH KUALA SELANGOR
KEEMPAT
DAERAH GOMBAK
KATEGORI BEREGU KAKITANGAN JPNIN:
JOHAN BEREGU LELAKI
DAERAH HULU SELANGOR
NAIB JOHAN BEREGU LELAKI
DAERAH KLANG
JOHAN BEREGU WANITA
DAERAH SEPANG
NAIB JOHAN BEREGU WANITA
DAERAH GOMBAK









Kontingen Negeri Selangor yang telah menyertai acara yang dipertandingkan.





Monday, December 20, 2010

Majlis Perjumpaan Dan Taklimat Guru-Guru Tabika Perpaduan




Majlis ini diadakan pada 20 Disember 2010 bertempat di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya.Perjumpaan ini diadakan khas untuk guru-guru Tabika Perpaduan seluruh Malaysia.Perjumpaan ini diadakan antara JPNIN bersama JPA

Wednesday, December 15, 2010

Jamuan Makan di Restoran Nelayan











Majlis makan malam di Restoran Nelayan diadakan pada 15.12.2010 bertujuan untuk meraikan guru-guru Daerah Gombak.Majlis ini juga untuk meraikan guru-guru yang dilahirkan pada bulan November dan Disember.Turut hadir dalam majlis ini ialah
Y.Bhg. Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor diiringi oleh Pegawai Perpaduan Daerah Gombak En. Magedran a/l Muniandy,Penolong Pegawai Perpaduan Pn Azean bt Abdul Rahman serta En Zaaba b Abd Rahman dan Pn. Noor Zaliza bt Saad.

Sunday, December 12, 2010

Mesyuarat Pos Mortem Graduan dan Tabikarama

Mesyuarat ini telah diadakan pada 29.11.2010 bertempat di TP Taman Tun Teja A.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Suriyati dan PPD telah turut hadir.Ianya diadakan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan disepanjang majlis yang telah diadakan.

Mesyuarat Graduan dan Tabikaram bil : 02



Mesyuarat ini telah diadakan pada 7/10/10 bertempat di TP Pangsapuri Nuri yang dipengerusikan oleh cikgu Suriyati bertujuan untuk menyemak semua persiapan yang dirancang oleh biro-biro yang dilantik.

Friday, December 10, 2010

Sambutan Hari Guru JPNIN Negeri Selangor








Sambutan Hari Guru Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negeri Selangor telah diadakan pada 18 Mei 2010 di Carlton Hotel Shah Alam yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tn Hj Abdul Halim Bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor. Antara pegawai yang diraikan ialah Pn Nurul Akmalina bt Shamsuddin yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JPNIN Negeri Sabah.



Mesyuarat Sukaneka Tahunan Daerah Gombak




Pada 25 Jun 2010 mesyuarat AJK Sukaneka Tabika Perpaduan peringkat Daerah Gombak telah diadakan di Tabika Perpaduan Kg Wira Damai. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cikgu Rosnawati bt Hassan iaitu pengerusi sukaneka tahun 2010.
En Magedran A/L Muniandy PPD dan Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP yang juga Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak turut hadir. Mesyuarat diadakan ialah untuk mendapat maklumbalas tugas-tugas semua AJK yang telah dilantik. Sukaneka Tabika Perpaduan telah ditetapkan pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Kraf Tangan Malaysia Templer Park, Rawang.

Majlis Bacaan Yasin






Pada 4 Ogos 2010 bertempat di Surau Nurul Falah Taman Bersatu Rawang telah diadakan majlis bacaan Yassin, Majlis dimulai dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi bin Abd Malik yang bertajuk "AMANAH KEPADA TUHAN ,MAJIKAN DAN DIRI SENDIRI". Selepas ceramah motivasi majlis diteruskan dengan bacaan Yassin oleh kakitangan JPNIN ,guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak , JPTP dan Jiran wanita KRT Taman Bersatu dan diikuti dengan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan JPNIN Daerah Gombak , guru dan penolong guru Tabika Perpaduan yang menyambut hari lahir. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn Rahayu bt Abd Wahab PPP Daerah Gombak.


Majlis Watikah Pelantikan JPTP






Gambar-gambar sekitar majlis penyerahan watikah JPTP Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang telah berlangsung pada 21 Februari 2010 di Tkt 3 Auditorium Hospital Sg Buluh Selangor anjuran JPNIN Daerah Gombak yang di Pengerusikan oleh Cikgu Intan Nazeha. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Tn Hj Halim bin Omar Pengarah JPNIN Negeri Selangor.



Kursus Bahasa Inggeris


Kursus Bahasa Inggeris guru-guru tabika perpaduan Daerah Gombak. Kursus ini berlangsung selama 3 bulan di Kolej Komuniti Selayang Selangor.



Thursday, December 9, 2010

Program BTN yang diadakan pada 12-14hb November 2010



Kursus Motivasi BTN Asas ini telah dianjurkan
oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak
bersama Kem Bina Negara Meru ,Klang bermula 12 Nov hingga 14 Nov 2010 bertempat di BTN Meru Klang. Perserta yang terlibat seramai 84 orang yang melibatkan guru tabika KRT dan JPTP.
Menteri Pertanian Dan Asas Tani Datok Sri Noh Omar telah hadir untuk sessi diolag dengan peserta kursus.
Pada hari ketiga semua perserta megikut kumpulan masing-masing diberi tugas aktiviti Kembara Rukun Negara (KRN). Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cik Norhaida bt Ariffin Pengetua Kem Bina Negara Meru.



Majlis Sijil Watikah Pelantikan AJK KRT dan jamuan perpaduan yang diadakan pada 31.10.2010 di Dewan MPS Taman Kanching Jaya, Rawang



Pada 31Oktober 2010 telah diadakan majlis jamuan Perpaduan dan
penyampaian Sijil Watikah Perlantikan AJK KRT Daerah Gombak , Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor.


Wednesday, December 8, 2010

Majlis Perpisahan, Sambutan Deepavali dan Hari Kanak-kanak yang telah diadakan pada 21.11.2010.






Majlis yang diadakan pada penghujung tahun adalah untuk meraikan kanak-kanak yang telah menghadirkan diri untuk belajar di kelas sepanjang tahun. Disamping itu majlis diadakan untuk menyampaikan duit Hari Deepavali yang telah disampaikan oleh Tuan PPD dan Pengerusi JPTP. Majlis telah diadakan pada 21.11.2010.




Majlis Graduan dan Tabikarama yang telah diadakan di Auditorium Hospital Sungai Buloh pada 24.10.2010 yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tn Bahkri





Pada 24 Oktober 2010 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak telah menganjurkan Hari Graduan Dan Tabikarama TP peringkat Daerah Gombak bertempat di Tkt 3 Auditorium Hospital Sg Buluh dan di rasmikan oleh Y.Bhg Tn Bahkri bin Addul Rahman Pegawai Pendidikan Daerah Gombak. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk meraikan kanak-kanak yang yang telah menamatkan persekolahan di pra sekolah dan disamping itu juga menampilkan bakat-bakat kanak-kanak dalam tabikarama. Sebanyak 18 buah tabika Perpaduan terlibat dalam dalam program tersebut. Turut hadir sama meraikan kanak-kanak ialah En Magedran A/L Muniandy PPD, Pn Azean bt Abd Rahman PPPD,kakitangan JPNIN Daerah Gombak, Pengerusi KRT dan Pengerusi KRT.