Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Monday, December 27, 2010

Kejohanan Badminton Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2010




Kejohanan telah dimulakan tepat pada jam 08.00 pg dengan ketibaan semua kontinjen yang bertanding, nyanyian lagu Negaraku dan Berjaya dinyanyikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik ke dalam jiwan peserta-peserta yang bertanding. tepat jam 09.30 pg ucapan perasmian telah di sempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor. Seramai 300 peserta dan penonton telah membanjiri Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Kejohanan ini juga telah diserikan dengan perlawanan pertunjukan diantara Y.Bgh Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar (Pengarah JPNIN Selangor) berpasangan besama isteri melawan Puan Nurul Akmalina Binti Shamsuddin (Timbalan Pengarah JPNIN Selangor) berpasangan bersama En Abdul Rashid A. Samad. Kejohanan ini berakhir tepat jam 06.00 ptg dengan majlis penyampaian hadiah oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor kepada pemenang. Berikut keputusan pemenang bagi Kejohanan Badminton Perpaduan JPNIN Selangor 2010;
KATEGORI BEREGU RT:
JOHAN KESELURUHAN
DAERAH KUALA LANGAT
NAIB JOHAN KESELURUHAN
DAERAH SEPANG
KETIGA
DAERAH KUALA SELANGOR
KEEMPAT
DAERAH GOMBAK
KATEGORI BEREGU KAKITANGAN JPNIN:
JOHAN BEREGU LELAKI
DAERAH HULU SELANGOR
NAIB JOHAN BEREGU LELAKI
DAERAH KLANG
JOHAN BEREGU WANITA
DAERAH SEPANG
NAIB JOHAN BEREGU WANITA
DAERAH GOMBAK


No comments:

Post a Comment