Pada 24/9/2011 satu taklimat pembelajaran Multimedia Interaktif Pembelajaran bahasa Inggeris dan sains telah diadakan di Dewan Perpaduan, Jabatan Perpaduan Daerah Petaling.
Sambutan Merdeka Raya bagi daerah Gombak telah diadakan pada 25/9/2011 bertempat di Hadapan Tasik Taman Bersatu B.Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Azman Amin b Hassan.
Dalam majlis tersebut juga diadakan pertandingan untuk kanak-kanak tabika,Jiran Muda dan Jiran Wanita.
Untuk peringkat Negeri Selangor sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di aras 3,Pejabat Perpaduan Petaling pada 23/9/2011.Majlis disambut dengan meriah.Y.bhg Dato' Ketua Pengarah juga turut hadir.
Sambutan Hari Raya bagi KRT Kg Tengah Lembah telah disambut pada 11/9/2011 bertempat di Balairaya Datuk Dr. Hj Rahman Ismail .Ramai jemputan yang telah hadir.Turut hadir YB Senator Dato' Dr Mashitah bt Ibrahim ,Ketua Pengarah JPNIN Dato'Azman Amin b Hasan.
Mesyuarat telah diadakan pada 13.9.2011 bertempat di TP Kg Seri Indah. Majlis juga meraikan pertukaran PPP Kanan En Zaaba b Abdul Rahman yang akan bertukar ke JPNIN Wilayah Persekutuan.
Sambutan Hari Kemerdekaan diraikan dengan mengadakan mini perarakkan oleh murid-murid tabika. Pada hari yang sama juga diadakan majlis jamuan hari raya, pertandingan mereka cipta kad hari raya disertai oleh ibu bapa, pertandingan menulis bagi murid-murid berumur 6tahun dan peraduan mewarna bagi murid-murid berumur 4 dan 5tahun. Turut hadir dalam majlis ini Pembantu Kanan Pegawai Perpaduan Encik Zaaba b Abdul Rahman, Puan Noorzaliza Pembantu Pegawai Perpaduan.
Sambutan Hari Lahir bagi bulan Ogos diadakan pada 8.9.2011, tiga orang kanak kanak telah diraikan. Hidangan satay juga disediakan sumbangan dari individu tabika.