Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Monday, April 9, 2012

MESYUARAT GURU & PENOLONG GURU BIL:2/12

Mesyuarat guru dan penolong guru telah dijalankan pada 29/3/2012 bertempat di Tabika Perpaduan Taman sri Gombak A.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PPD Puan Salasiah bt Hashim.

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN MAC


2 orang murid telah diraikan hari lahirnya pada 28/3/2012."SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU"



LATIHAN KAWAD KECEMASAN SIRI 1


Latihan kecemasan pada murid-murid tabika perlu didedahkan.latihan ini telah dilaksanakan pada 27/3/2012.



Guru perlu memastikan semua murid telah berada di luar kelas.

Murid ditunjukkan bagaimana cara menggunakan alat pemadam api.



LAWATAN PERGIGIAN SIRI 1

Lawatan pergigian siri pertama berlaku pada 26/3/2012.Lawatan ini bertujuan untuk memberitahu murid-murid cara penjagaan gigi yang betul.Ceramah disampaikan oleh Pn Johafizah Jaafar dari Klinik Pergigian Gombak setia.






Thursday, March 8, 2012

BENGKEL PENGURUSAN TOYS LIBRARY




Bengkel pengurusan toys library telah dikendalikan oleh Pn Jameyah Sheriff.Beliau memberi penerangan secara terperinci untuk menggunakan perpustakaan permainan.Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 7/3/2012 hingga 8/3/2012.



Friday, March 2, 2012

SAMBUTAN HARI LAHIR.

SELAMAT HARI LAHIR...................3 orang murid diraikan pada 28/2/2012.


Kek dan makanan disumbang oleh ibu/bapa.Syukur alhamdulillah

JAMUAN PERPISAHAN


Jamuan perpisahan didakan pada 27/2/2012 bertempat di Sate Kajang Hj Samuri Selayang Mall sempena pertukaran tempat bertugas Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak (Pn Azean bt Abdul Rahman.



Pegawai Perpaduan Daerah turut hadir sama.