Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Tuesday, May 15, 2012

MESYUARAT KHAS HARI GURU DAERAH GOMBAK.


Perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan persiapan hari Guru peringkat daerah Gombak.Keputusan mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk mengadakan majlis ini pada 16/5/2012.


Tuesday, April 24, 2012

AKTIVITI LATIHAN MELIPAT BAJU.

 Latihan bagi murid-murid tabika bagaimana mengurus kerja di rumah untuk membantu ibu.

 Lipatan baju yang telah dihasilkan dari murid-murid.

 Murid menyusun baju untuk disimpan di dalam almari.


SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN APRIL

 Sambutan Hari Lahir untuk murid yang dilahirkan pada bulan April.


Monday, April 9, 2012

MESYUARAT GURU & PENOLONG GURU BIL:2/12

Mesyuarat guru dan penolong guru telah dijalankan pada 29/3/2012 bertempat di Tabika Perpaduan Taman sri Gombak A.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PPD Puan Salasiah bt Hashim.

SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN MAC


2 orang murid telah diraikan hari lahirnya pada 28/3/2012."SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU"



LATIHAN KAWAD KECEMASAN SIRI 1


Latihan kecemasan pada murid-murid tabika perlu didedahkan.latihan ini telah dilaksanakan pada 27/3/2012.



Guru perlu memastikan semua murid telah berada di luar kelas.

Murid ditunjukkan bagaimana cara menggunakan alat pemadam api.



LAWATAN PERGIGIAN SIRI 1

Lawatan pergigian siri pertama berlaku pada 26/3/2012.Lawatan ini bertujuan untuk memberitahu murid-murid cara penjagaan gigi yang betul.Ceramah disampaikan oleh Pn Johafizah Jaafar dari Klinik Pergigian Gombak setia.