Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Wednesday, December 8, 2010

Lawatan Pergigian yang diadakan pada setiap tahun




Lawatan pergigian diadakan dua kali setahun untuk memberi penerangan tentang penjagaan gigi yang betul.



Hasil yang diperolehi dari gotong royong bersama ibu bapa untuk menceriakan tabika yang diadakan pada 27.2.2010





Tabika Perpaduan Kampung Tengah Lembah telah dicalonkan untuk Anugerah Kualiti Negeri Selangor bagi mewakili Daerah Gombak. Gotong-royong ini diadakan untuk menambahkan keceriaan kelas tabika ini. Inilah hasil yang diperolehi.


Latihan Kebakaran pada Peringkat Pertama yang diadakan pada 2.3.2010





Latihan Kebakaran perlu dilaksanakan oleh setiap tabika bagi menambahkan pengetahuan kanak-kanak tentang keselamatan di dalam dan luar kelas.




Penubuhan JPTP yang diadakan pada 23.1.2010


Monday, September 13, 2010

Sukaneka Daerah 18.07.2010







Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah berlangsung pada 18 Julai 2010. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Pn Siti Zuraidah bt Abd Majid Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor. Turut hadir En Magedran A/L Muniandy
Pegawai JPNIN Daerah Gombak, Pengerusi-pengerusi KRT ,Pengerusi-pengerusi JPTP Daerah Gombak dan ibubapa. Sukaneka ini melibatkan 18 buah Tabika Perpaduan. Tabika Perpaduan Kampong Tengah Lembah telah memenangi 6 acara pada tahun ini. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Program berjalan lancar dan meriah.

Persiapan Sukaneka Daerah