Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Monday, July 25, 2011

Majlis Bacaan Yassin



Majlis bacaan yassin telah diadakan pada 29.7.2011 bertempat di TP Puncak Taman Sri Gombak. Turut diperdengarkan 1 ceramah. Di samping itu juga diadakan Majlis Perpisahan Cikgu Nurhaliza yang bertukar ke negeri Kedah.



Sunday, July 24, 2011

Hari Bertemu Pelanggan

Hari bertemu pelanggan telah diadakan pada 25/7/2011.Tujuan diadakan untuk memaklumkan kepada ibu/bapa tentang perkembangan anak-anak di tabika.Majlis telah diuruskan oleh Pn Norizan bt Zakaria.

Sambutan Hari Lahir bulan Jun dan Julai

Sambutan hari lahir bagi bulan Jun dan Julai telah diadakan pada 22/7/2011.











Friday, July 15, 2011

Program Latihan Guru Pra Sekolah (KOHORT 4 /2011)


Program latihan guru pra sekolah kohort 4/2011 telah bermula dari 4 Julai hingga 15 Julai 2011.Program latihan ini telah berlangsung di Fakulti Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia.






Program latihan ini dijalankan secara menyeluruh berkait dengan topik falsafah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak,Asas perkembangan awal kanak-kanak,pendekatan dan teknik pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan dan pentaksiran.




Saturday, July 2, 2011

Malam Mesra Rakyat




Malam Mesra Rakyat telah diadakan pada 2 Julai 2011 di Dataran Perpaduan, Balairaya Datuk Dr Rahman Ismail Kg Tgh Lembah.Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor.
.Majlis anjuran KRT Kg Tengah Lembah.












Berbagai acara telah dipersembahkan termasuk persembahan kanak-kanak Tabika.











Wednesday, June 29, 2011

Makan Bersama Di McDonald


Semua pemain futsal sempena Minggu Perpaduan telah diraikan bersama di Restoran Mc Donald pada 29/06/2011.Turut hadir guru-guru yang terlibat,pegawai JPNIN Gombak.Cenderahati untuk semua peserta telah disampaikan oleh Pn Salasiah bt Hashim Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.






Tuesday, June 28, 2011

Sukaneka Tahunan Daerah Gombak 2011



Sukaneka tahunan peringkat daerah Gombak telah diadakan pada 26/06/2011 bertempat di padang Sek. Men. Berasrama Penuh Integrasi Sg Pusu,Gombak.Majlis telah dirasmikan oleh Pn Salasiah bt Hashim (Pegawai Perpaduan Daerah Gombak).Seramai 550 orang kanak-kanak telah terlibat dalam program ini yang melibatkan 20 kelas tabika kesemuanya.






8 acara kanak-kanak telah dipertandingkan dan acara untuk ibu/bapa juga turut disediakan.Cabutan nombor bertuah turut diadakan. Sumbangan hamper dari ADABI,KRT dan agensi lain.Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.