Blog ini sedang dalam proses pembangunan. Sila beri cadangan untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Tabika Perpaduan Kg Tengah Lembah
Kanak-Kanak TP Kg Tengah Lembah

Thursday, December 30, 2010

Kejohanan Sukan Perpaduan Super Hotspot JPNIN


Sukan Super Hot Spot diadakan julung kali yang melibatkan 4 buah negeri.Negeri yang terlibat Johor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Selangor dan Pulau Pinang.Ianya diadakan pada 25.12.2010 bertempat di Kompleks Sukan UTM Johor Bahru.








Kumpulan beregu lelaki disertai oleh Tuan Pengarah JPNIN Selangor dan En. Esry.Negeri Selangor telah menjadi juara dalam acara Badminton dan Futsal.


Acara sukan yang dipertandingkan Badminton,Bola Jaring,Ping Pong,Futsal dan Bowling. Acara ping pong dan bola jaring telah mendapat tempat Naib Juara.




Malam penutup telah dimeriahkan dengan beberapa acara termasuk pertandingan karaoke.Negeri Selangor mendapat tempat pertama dan kedua.Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Johor.

Monday, December 27, 2010

Kejohanan Badminton Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2010




Kejohanan telah dimulakan tepat pada jam 08.00 pg dengan ketibaan semua kontinjen yang bertanding, nyanyian lagu Negaraku dan Berjaya dinyanyikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik ke dalam jiwan peserta-peserta yang bertanding. tepat jam 09.30 pg ucapan perasmian telah di sempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor. Seramai 300 peserta dan penonton telah membanjiri Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Kejohanan ini juga telah diserikan dengan perlawanan pertunjukan diantara Y.Bgh Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar (Pengarah JPNIN Selangor) berpasangan besama isteri melawan Puan Nurul Akmalina Binti Shamsuddin (Timbalan Pengarah JPNIN Selangor) berpasangan bersama En Abdul Rashid A. Samad. Kejohanan ini berakhir tepat jam 06.00 ptg dengan majlis penyampaian hadiah oleh Y.Bhg Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor kepada pemenang. Berikut keputusan pemenang bagi Kejohanan Badminton Perpaduan JPNIN Selangor 2010;
KATEGORI BEREGU RT:
JOHAN KESELURUHAN
DAERAH KUALA LANGAT
NAIB JOHAN KESELURUHAN
DAERAH SEPANG
KETIGA
DAERAH KUALA SELANGOR
KEEMPAT
DAERAH GOMBAK
KATEGORI BEREGU KAKITANGAN JPNIN:
JOHAN BEREGU LELAKI
DAERAH HULU SELANGOR
NAIB JOHAN BEREGU LELAKI
DAERAH KLANG
JOHAN BEREGU WANITA
DAERAH SEPANG
NAIB JOHAN BEREGU WANITA
DAERAH GOMBAK









Kontingen Negeri Selangor yang telah menyertai acara yang dipertandingkan.





Monday, December 20, 2010

Majlis Perjumpaan Dan Taklimat Guru-Guru Tabika Perpaduan




Majlis ini diadakan pada 20 Disember 2010 bertempat di Dewan De' Seri Endon Puspanitapuri Putrajaya.Perjumpaan ini diadakan khas untuk guru-guru Tabika Perpaduan seluruh Malaysia.Perjumpaan ini diadakan antara JPNIN bersama JPA

Wednesday, December 15, 2010

Jamuan Makan di Restoran Nelayan











Majlis makan malam di Restoran Nelayan diadakan pada 15.12.2010 bertujuan untuk meraikan guru-guru Daerah Gombak.Majlis ini juga untuk meraikan guru-guru yang dilahirkan pada bulan November dan Disember.Turut hadir dalam majlis ini ialah
Y.Bhg. Tn Muhammad Fithal bin Din Penolong Pengarah RT JPNIN Negeri Selangor diiringi oleh Pegawai Perpaduan Daerah Gombak En. Magedran a/l Muniandy,Penolong Pegawai Perpaduan Pn Azean bt Abdul Rahman serta En Zaaba b Abd Rahman dan Pn. Noor Zaliza bt Saad.

Sunday, December 12, 2010

Mesyuarat Pos Mortem Graduan dan Tabikarama

Mesyuarat ini telah diadakan pada 29.11.2010 bertempat di TP Taman Tun Teja A.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Suriyati dan PPD telah turut hadir.Ianya diadakan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan disepanjang majlis yang telah diadakan.

Mesyuarat Graduan dan Tabikaram bil : 02



Mesyuarat ini telah diadakan pada 7/10/10 bertempat di TP Pangsapuri Nuri yang dipengerusikan oleh cikgu Suriyati bertujuan untuk menyemak semua persiapan yang dirancang oleh biro-biro yang dilantik.